Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Syabu Rm14 9 Juta Dalam Pacuan Empat Roda Dirampas

Published: 18 Apr 2025 6.44 AM Updated: 15 Aug 2026 8.05 PM
Kuantan, 18 April 2025 - Polis merampas Syabu seberat 468.3 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM14.9 juta dalam pacuan empat roda yang diletakkan di tepi jalan di Kilometer 211 Lebuhraya Pantai Timur arah ke Kuantan, dekat sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-syabu-rm14-9-juta-dalam-pacuan-empat-roda-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:05 MYT
 
Kuantan, 18 April 2025 - Polis merampas Syabu seberat 468.3 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM14.9 juta dalam pacuan empat roda yang diletakkan di tepi jalan di Kilometer 211 Lebuhraya Pantai Timur arah ke Kuantan, dekat sini.

Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Sri Yahya Othman, berkata rampasan dilakukan pasukan Peronda Lebuhraya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman yang menjalankan Operasi Bersepadu (Op Utama) Zon Timur di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Gambang, di sini, Isnin lalu.

Beliau berkata, terdahulu pasukan peronda menerima maklumat mengenai Mitsubishi Triton putih melawan arus dari arah Kuala Lumpur menuju Kuantan.

“Bertindak atas maklumat, pasukan melakukan pemantauan dan setibanya di Kilometer 211 arah ke Kuantan, peronda menemukan Mitsubishi Triton terbabit diletakkan di bahu jalan arah Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di Kuantan semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 4 people, people playing basketball and text

ArticlePublished 18 Apr 2025 6.44 AMUpdated 15 Aug 2026 8.05 PM