Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Syabu Pil Kuda Dan Peralatan Proses Dadah Bernilai Rm12 8 Juta Dirampas Dalam Lima Serbuan

Published: 13 Aug 2021 2.31 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 13 Ogos 2021 - Polis merampas pelbagai jenis dadah dan peralatan memproses bahan terlarang itu dianggarkan bernilai RM12.8 juta dalam lima serbuan di Kelantan, Johor dan Pulau Pinang, minggu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-syabu-pil-kuda-dan-peralatan-proses-dadah-bernilai-rm12-8-juta-dirampas-dalam-lima-serbuan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:50 MYT
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Syabu Pil Kuda Dan Peralatan Proses Dadah Bernilai Rm12 8 Juta Dirampas Dalam Lima Serbuan
Home / Article / Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Syabu Pil Kuda Dan Peralatan Proses Dadah Bernilai Rm12 8 Juta Dirampas Dalam Lima Serbuan
Back to Library
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Syabu Pil Kuda Dan Peralatan Proses Dadah Bernilai Rm12 8 Juta Dirampas Dalam Lima Serbuan

Kuala Lumpur, 13 Ogos 2021 - Polis merampas pelbagai jenis dadah dan peralatan memproses bahan terlarang itu dianggarkan bernilai RM12.8 juta dalam lima serbua...
Kuala Lumpur, 13 Ogos 2021 - Polis merampas pelbagai jenis dadah dan peralatan memproses bahan terlarang itu dianggarkan bernilai RM12.8 juta dalam lima serbuan di Kelantan, Johor dan Pulau Pinang, minggu lalu.

Dalam operasi dari 7 hingga 10 Julai itu, polis menahan 20 suspek, termasuk tiga wanita berusia 27 hingga 65 tahun.

Di Kelantan, polis menahan seorang ahli sindiket pengedaran dadah dan merampas 80 kilogram (kg) Syabu serta 804,000 biji Pil Kuda yang dianggarkan bernilai RM10.9 juta.
Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Shafien Mamat, berkata dadah berkenaan ditemui dalam semak di tepi jalan Kampung Kuala Jambu petang Selasa lalu, susulan penahanan seorang penganggur berusia 32 tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati dadah itu sudah beberapa hari disorok dalam semak sementara menunggu waktu sesuai untuk diedar.

"Polis percaya bekalan dadah yang boleh digunakan oleh 400,000 penagih manakala Pil Kuda membabitkan lebih 800,000 orang diperoleh dari negara jiran untuk pasaran luar Kelantan.

"Suspek direman seminggu bermula semalam (kelmarin) dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di sini, semalam.

Bacaan lanjut berkenaan kejayaan tangkapan dan rampasan dadah yang lain di keratan akhbar terbitan Berita Harian Online seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'EW GUNG IMPAT Shafien (kiri) menunjukkan ampasan dadah bernilai RM10.9 juta Tumpat, semalam Dadah, peralatan proses RM12
ArticlePublished 13 Aug 2021 2.31 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM