Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Syabu Lebih Rm1 2 Juta Dirampas

Diterbitkan: 01 Jun 2024 3.27 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.09 PM
Suspek yang dipercayai keldai dadah berusia 34 tahun itu ditahan dalam operasi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik KLIA dengan bantuan polis bantuan Malaysia Airports kira-kira jam 4 pagi ketika dia membawa dua bagasi berisi 37 bungkusan plastik disyaki Syabu sebelum seorang lagi suspek berumur 36 tahun yang disyaki terbabit kegiatan pengedaran dadah ditahan di sebuah hotel berdekatan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-syabu-lebih-rm1-2-juta-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:25 MYT
Sepang, 1 Jun 2024 - Polis menahan dua lelaki tempatan serta merampas 38.8 kilogram dadah jenis syabu bernilai lebih RM1.2 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), di sini, kelmarin.

Suspek yang dipercayai keldai dadah berusia 34 tahun itu ditahan dalam operasi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik KLIA dengan bantuan polis bantuan Malaysia Airports kira-kira jam 4 pagi ketika dia membawa dua bagasi berisi 37 bungkusan plastik disyaki Syabu sebelum seorang lagi suspek berumur 36 tahun yang disyaki terbabit kegiatan pengedaran dadah ditahan di sebuah hotel berdekatan.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan, berkata kedua-dua suspek masing-masing adalah duda bekerja sebagai juruteknik, manakala seorang lagi penganggur.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki terbabit mempunyai rekod ke Sarawak dari KLIA2 sebanyak tujuh kali sejak Mac lalu.

"Suspek menerima upah RM2,500 setiap perjalanan membawa dadah, manakala dadah berkenaan dipercayai untuk diedarkan di Miri, Sibu dan Bintulu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis KLIA semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 7 people and text
ArtikelDiterbitkan 01 Jun 2024 3.27 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.09 PM