Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Rangkaian Dadah Rentas Sempadan Lumpuh Dengan Tangkapan Warga Asing

Published: 22 Jan 2025 2.17 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Muar, 22 Januari 2025 - Polis berjaya melumpuhkan sindiket rangkaian pengedaran dadah rentas sempadan susulan penahanan seorang lelaki warga asing sekali gus merampas Syabu seberat 52.5 kilogram bernilai RM2.1 juta di sebuah kebun pisang di Kampung Ulu Tiris, Sepang, Selangor, Ahad lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-sindiket-rangkaian-dadah-rentas-sempadan-lumpuh-dengan-tangkapan-warga-asing
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:17 MYT
Muar, 22 Januari 2025 - Polis berjaya melumpuhkan sindiket rangkaian pengedaran dadah rentas sempadan susulan penahanan seorang lelaki warga asing sekali gus merampas Syabu seberat 52.5 kilogram bernilai RM2.1 juta di sebuah kebun pisang di Kampung Ulu Tiris, Sepang, Selangor, Ahad lalu.

Serbuan dilakukan anggota Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri menerusi Op Taring Nyah 1 Johor/Selangor pada jam 3 pagi hasil risikan dan intipan dijalankan sejak beberapa bulan lalu.

Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA, Superintenden Shohaiami Ismail berkata, dalam serbuan itu, lelaki warga Indonesia berusia 27 tahun ditahan.
Menurutnya, pemeriksaan ke atas suspek menemui lima beg pelbagai jenama berisi dadah jenis Syabu.

“Suspek bertindak sebagai anggota sindiket mengedar dadah ke beberapa negara lain dengan menjadikan Malaysia sebagai transit,” katanya.

Superintenden Shohaiami berkata, siasatan awal mendapati dadah terbabit dari negara ini yang kemudian dihantar ke Indonesia melalui jalan laut dan pantai di Selangor.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 22 Jan 2025 2.17 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM