Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Edar Dadah Rm2 18 Juta Tumpas

Published: 30 Sep 2021 1.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Kedah, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam serbuan tersebut, empat suspek berjaya ditahan termasuk tiga sekeluarga masing-masing berusia 30 hingga 70 tahun.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-sindiket-edar-dadah-rm2-18-juta-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:41 MYT
Sungai Petani, 30 September 2021 - Polis Kedah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan merampas 54.7205 kilogram (kg) Syabu yang dianggarkan bernilai lebih RM2.18 juta dalam serbuan di Bandar Amanjaya dekat sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Kedah, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam serbuan tersebut, empat suspek berjaya ditahan termasuk tiga sekeluarga masing-masing berusia 30 hingga 70 tahun.

"Pada jam 8.10 pagi, 27 September, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis (lPK) Kedah menahan sebuah kereta jenis Mitsubishi Triton di hadapan sebuah rumah di Bandar Amanjaya dan seorang seorang suspek lelaki berusia 30 tahun.

"Pemeriksaan lanjut di dalam kereta menemukan 54 bungkusan plastik berisi dadah disyaki jenis Syabu yang diletakkan di dalam dua guni dan satu plastik hitam, berat keseluruhannya dianggarkan berjumlah 54.7205 kg," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini, semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek direman antara tiga hingga tujuh hari bermula tarikh tangkapan bagi membantu siasatan.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of text
ArticlePublished 30 Sep 2021 1.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM