Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Edar Dadah Jadikan Hotel Bajet Makmal Mini Tumpas

Published: 22 Jan 2026 6.17 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Johor Bahru, 22 Januari 2026 - Sindiket pengedaran dadah yang menjadikan hotel bajet sebagai transit dan makmal mini tumpas susulan penahanan dua lelaki di sebuah hotel di Danga Bay, di sini Jumaat lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-sindiket-edar-dadah-jadikan-hotel-bajet-makmal-mini-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:25 MYT

Johor Bahru, 22 Januari 2026 - Sindiket pengedaran dadah yang menjadikan hotel bajet sebagai transit dan makmal mini tumpas susulan penahanan dua lelaki di sebuah hotel di Danga Bay, di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat, berkata kedua-dua suspek berusia 35 dan 37 tahun ditahan jam 3.00 pagi.

“Penahanan kedua-dua suspek di bilik hotel itu, polis telah merampas dadah jenis Methampetamine seberat 2.25 gram, Ketamin (100 gram) dan pil Yaba seberat 80 gram.

“Susulan itu, kita telah menyerbu sebuah lagi bilik di hotel sama dan menemui dadah jenis Ekstasi seberat 7.7884 kilogram serta peralatan memproses dadah.

“Selain dadah pihaknya turut merampas sebuah kereta Honda Civic bernilai RM80,000. Keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM1.08 juta,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text

ArticlePublished 22 Jan 2026 6.17 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM