Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Dadah Kerap Berpindah Lokasi Elak Dikesan Pihak Berkuasa Pengarah Jsjn

Published: 20 Jul 2024 10.07 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Khaw Kok Chin berkata, daripada jumlah tangkapan itu, seorang daripada mereka merupakan ahli kimia yang bertanggungjawab memproses dadah, manakala 17 lagi suspek memainkan peranan lain dalam aktiviti pengedaran dadah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-sindiket-dadah-kerap-berpindah-lokasi-elak-dikesan-pihak-berkuasa-pengarah-jsjn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:31 MYT
Kuala Lumpur, 20 Julai 2024 - Lima buah stor dan makmal sindiket dadah digempur Polis Diraja Malaysia dalam tempoh tiga bulan ini. Kejayaan itu direkodkan bagi Mac hingga Mei lalu dengan nilai rampasan dadah bernilai RM64.9 juta membabitkan 18 tangkapan suspek.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Khaw Kok Chin berkata, daripada jumlah tangkapan itu, seorang daripada mereka merupakan ahli kimia yang bertanggungjawab memproses dadah, manakala 17 lagi suspek memainkan peranan lain dalam aktiviti pengedaran dadah.

Menurut beliau, siasatan mendapati modus operandi stor dan makmal dadah ini ada pelbagai dan berdasarkan yang dikesan JSJN ialah mereka akan kerap berpindah-randah ke lokasi lain bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Lokasi mereka sasarkan seperti kondominium atau kediaman mewah selain kawasan perindustrian yang sukar diakses masuk oleh orang awam selain menggunakan khidmat kurier untuk pengedaran dadah,” katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.

Beliau memberitahu, sepanjang tiga bulan ini, JSJN berjaya merampas pelbagai jenis dadah seberat 299.76 kilogram (kg) bernilai RM3.4 juta.

Mengulas mengenai antara kejayaan besar yang direkodkan JSJN, beliau berkata, pada awal Mac lalu, Unit Risikan Antarabangsa JSJN Bukit Aman telah menjalankan siasatan ke atas maklumat sindiket pengedaran dadah jenis Methamphetamine oleh seorang lelaki tempatan di sekitar Lembah Klang.

Berikutan itu, operasi pada 27 Mac lalu dilaksanakan dengan kerjasama Cawangan Khas (E1M) Bukit Aman, JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, JSJN IPK Terengganu, JSJN IPK Selangor dan lain-lain elemen risikan operasi JSJN.

“Op Khas ini berjaya memberkas empat lelaki tempatan beserta rampasan dadah jenis Methamphetamine seberat 312.6kg gram bernilai RM10.3 juta.

“Empat kereta, wang tunai RM1,874 serta mata wang Thailand berjumlah 8,730 bath dan barang kemas telah disita," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 6 people and text
ArticlePublished 20 Jul 2024 10.07 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM