Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Istiadat Pertabalan Agong Ke 17 Pengarah Jspt Pantau Penugasan Kawalan Lalu Lintas

Diterbitkan: 20 Jul 2024 10.54 AM Dikemas kini: 13 Nov 2026 2.24 AM
Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri memantau penugasan kawalan lalu lintas sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim, di sekitar Ibu kota, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-istiadat-pertabalan-agong-ke-17-pengarah-jspt-pantau-penugasan-kawalan-lalu-lintas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 15/11/2026 05:47 MYT
Kuala Lumpur, 20 Julai 2024 – Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri memantau penugasan kawalan lalu lintas sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim, di sekitar Ibu kota, pagi tadi.

Selain memastikan perjalanan kenderaan kerabat diraja dan orang kenamaan yang menghadiri istiadat tersebut berjalan lancar di semua laluan, Dato’ Sri Mohd Yusri turut menyantuni para petugas JSPT yang telah berada di lapangan sejak awal pagi.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato' Azry Akmar Dato' Hj. Ayob, Timbalan Pengarah II JSPT Bukit Aman, ACP Mohd Fauzi Osman, Ketua JSPT Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa dan para pegawai kanan JSPT.

Sumber: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Imej tidak tersedia

Imej tidak tersedia

Imej tidak tersedia

Imej tidak tersedia

Imej tidak tersedia

Imej tidak tersedia

Imej tidak tersedia

Imej tidak tersedia

Imej tidak tersedia

Imej tidak tersedia

Imej tidak tersedia

Imej tidak tersedia


ArtikelDiterbitkan 20 Jul 2024 10.54 AMDikemas kini 13 Nov 2026 2.24 AM