
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Dadah Guna Surat Miti Palsu Tumpas
Melaka, 18 Mei 2021 – Sindiket penyeludupan dadah menggunakan surat kebenaran operasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang pa...
Melaka, 18 Mei 2021 – Sindiket penyeludupan dadah menggunakan surat kebenaran operasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang palsu bagi mengaburi mata pihak berkuasa ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) berjaya ditumpaskan dalam dua serbuan dengan nilai rampasan berjumlah RM4.2 juta.
Ketua Polis Melaka, DCP Dato’ Abdul Majid Mohd Ali berkata, serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) itu menahan empat suspek termasuk seorang ahli kimia.
"Dua lelaki masing-masing berusia 39 dan 42 tahun didapati membawa dadah jenis Syabu seberat 1.04 kilogram (kg) bernilai RM4.2 juta yang disembunyikan di but dan sistem audio kereta yang telah diubah suai.
"Susulan penahanan dua individu itu, keesokannya iaitu pada jam 6.40 pagi Khamis, polis membuat serbuan di sebuah rumah di Muar, Johor dan menahan seorang lelaki bersama teman wanitanya.
"Turut dirampas ialah mata wang asing berjumlah RM713 selain barang kemas bernilai RM22,506," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini pada Isnin.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian.
