Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Dadah Guna Makmal Bergerak Elak Dikesan Polis

Published: 16 Apr 2026 3.28 AM Updated: 15 Aug 2026 7.00 PM
Kuala Lumpur, 16 April 2026 - Taktik licik sindiket pengedaran dadah kini memasuki fasa baharu apabila dikesan menggunakan makmal dadah bergerak atau 'mobile lab' yang diubah suai bagi memproses bahan terlarang sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-sindiket-dadah-guna-makmal-bergerak-elak-dikesan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:17 MYT
Kuala Lumpur, 16 April 2026 - Taktik licik sindiket pengedaran dadah kini memasuki fasa baharu apabila dikesan menggunakan makmal dadah bergerak atau 'mobile lab' yang diubah suai bagi memproses bahan terlarang sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

Dengan konsep 'mobile lab', mereka boleh bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain, termasuk kawasan parkir sunyi, tapak pembinaan atau kawasan perumahan yang kurang mencurigakan.

Malah, ada juga sindiket menggunakan syarikat sah untuk berselindung di dalamnya membina makmal dadah ini.

Mendedahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, pihaknya kini berdepan pelbagai cabaran dalam membanteras sindiket dadah apabila mereka sentiasa menyesuaikan modus operandi bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Menurutnya, antara modus operandi sindiket itu menggunakan konsep makmal bergerak atau 'mobile lab'.

"Sindiket menggunakan kenderaan seperti van, lori atau kontena yang diubah suai menjadi makmal bergerak.

"Kaedah ini membolehkan operasi dipindahkan dengan pantas sekiranya dikesan pihak berkuasa," katanya secara eksklusif kepada Harian Metro.

Dato' Hussein Omar berkata, sindiket juga menggunakan lokasi terpencil dan tidak mencurigakan di mana makmal dadah haram biasanya beroperasi di kawasan terpencil seperti ladang kelapa sawit, rumah kampung, gudang, kilang terbiar atau pangsapuri sewaan jangka pendek bagi mengelakkan perhatian orang awam dan pihak berkuasa.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an illustration of text that says 'LiV Metro SEBENAR RASAI BERITA ड ANAANA FOTO TAHUN IMetro SINDIKET TUKAR MODUS OPERANDI ELAK DIKESAN MAKMAL DAD

May be an image of ‎text that says '‎ehMuhaamadEalis Muhaamad ma4my sebelum 'Senang nak lari sindiket diserbu' Sindiket dadah Aиna makmal be

ArticlePublished 16 Apr 2026 3.28 AMUpdated 15 Aug 2026 7.00 PM