Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Campur Dadah Dengan Serbuk Kopi Tumpas

Published: 05 Aug 2025 4.14 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Johor Bahru, 4 Ogos 2025 - Polis menumpaskan sindiket yang mencampur dadah dengan serbuk kopi, susulan penahanan wanita warga Vietnam dan merampas kira-kira 30 kilogram serbuk Ekstasi dan Ketamin bernilai hampir RM5 juta.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-sindiket-campur-dadah-dengan-serbuk-kopi-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:11 MYT
Johor Bahru, 4 Ogos 2025 - Polis menumpaskan sindiket yang mencampur dadah dengan serbuk kopi, susulan penahanan wanita warga Vietnam dan merampas kira-kira 30 kilogram serbuk Ekstasi dan Ketamin bernilai hampir RM5 juta.

Ketua Polis Johor, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu, berkata dalam serbuan pada 25 Julai dan 26 Julai lalu, sindiket itu dipercayai aktif sejak April lalu dan beroperasi di dua apartmen berpagar.

Beliau berkata, sindiket itu dipercayai memproses dan membungkus semula dadah dalam paket kecil sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

“Dalam serbuan pertama, kita menahan seorang wanita warga Vietnam berusia 31 tahun yang mana kita percaya dia menyewa kediaman berkenaan dan menjadikannya tempat untuk didiami dan menyimpan dadah.

“Dengan dipandu arah suspek, kita menyerbu sebuah di apartmen dan menemui pelbagai jenis dadah dan kita percaya di kediaman yang disewa individu lain ini dijadikan sebagai lokasi membungkus semula dadah.

“Kita mendapati suspek menggunakan ramuan lain seperti serbuk kopi untuk dicampur bagi menghasilkan dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 5 people and text
ArticlePublished 05 Aug 2025 4.14 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM