Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sewa Inap Desa Proses Bungkus Dadah

Diterbitkan: 20 Aug 2024 1.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ketua Polis Johor, CP M. Kumar S. Muthuvelu, berkata sindiket yang aktif di daerah ini ditumpaskan dalam tiga serbuan berasingan antara jam 12 tengah hari hingga 2 petang 12 Ogos lalu di sekitar bandar raya ini dan Seri Alam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-sewa-inap-desa-proses-bungkus-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:00 MYT
Johor Bahru, 20 Ogos 2024 - Menyewa kediaman ‘homestay' atau inap desa secara bulanan sebelum dijadikan tempat memproses dan membungkus dadah, menjadi taktik satu sindiket pengedaran yang ditumpaskan polis pada minggu lalu.

Ketua Polis Johor, CP M. Kumar S. Muthuvelu, berkata sindiket yang aktif di daerah ini ditumpaskan dalam tiga serbuan berasingan antara jam 12 tengah hari hingga 2 petang 12 Ogos lalu di sekitar bandar raya ini dan Seri Alam.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, lima lelaki tempatan dan dua wanita warga asing adalah ahli sindiket dan semuanya berusia antara 22 hingga 38 tahun, ditahan bagi membantu siasatan.

“Dalam serbuan pertama, kita menyerbu sebuah unit di pangsapuri yang disewa sindiket sejak Jun lalu secara bulanan dengan bayaran RM220 sehari.

“Kita menahan empat lelaki di pangsapuri itu dengan merampas pelbagai jenis dadah lebih 60 kilogram (kg).

“Dalam serbuan kedua pula, kita menahan sepasang suami isteri di sebuah rumah teres dua tingkat yang disewa dan merampas sejumlah dadah, manakala dalam serbuan ketiga, seorang wanita warga asing ditahan di sebuah lagi unit ‘homestay' di pangsapuri itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, semalam.

Kumar berkata, modus operandi digunakan sindiket itu adalah menjadikan kediaman kawasan berpagar dan mempunyai pengawal untuk menjalankan aktiviti memproses dan membungkus dadah sebelum diedarkan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian di lampiran.

May be an image of 7 people, newsstand and text
ArtikelDiterbitkan 20 Aug 2024 1.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM