Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sampel Magic Mushrooms Mengandungi Dadah Sintetik

Published: 17 Aug 2024 2.33 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 17 Ogos 2024 - Rokok elektronik atau vape jenis "magic mushrooms" mengandungi dadah sintetik yang berbahaya dan boleh menyebabkan gejala keracunan teruk hingga berpotensi membawa maut.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-sampel-magic-mushrooms-mengandungi-dadah-sintetik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:24 MYT
Kuala Lumpur, 17 Ogos 2024 - Rokok elektronik atau vape jenis "magic mushrooms" mengandungi dadah sintetik yang berbahaya dan boleh menyebabkan gejala keracunan teruk hingga berpotensi membawa maut.

Pusat Racun Negara (PRN) dalam kenyataan menjelaskan, pihaknya telah melakukan kajian terhadap beberapa sampel cecair rokok elektronik yang didakwa mengandungi dadah jenis Psilosibin.

“Tiada dadah Psilosibin dikesan dalam sampel tersebut sebaliknya mengandungi dadah sintetik yang lebih berbahaya.

“la menunjukkan vape sangat mudah dimanipulasi dan penggunaan tanpa kawalan boleh menjurus kepada penyalahgunaan dadah berbahaya.

“la termasuklah dadah sintetik baharu seperti Ketamin, Phencyclidine dan dadah jenis Amphetamine," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Dalam pada itu, PRN turut memberi amaran kepada orang awam untuk tidak mencuba menghisap vape jika dipelawa oleh orang lain.

"Peningkatan penggunaan vape yang mengandungi dadah berbahaya adalah sangat membimbangkan terutamanya jika berlaku dalam kalangan pelajar sekolah.

“Kelompangan dalam kawalan undang-undang terhadap produk vape telah mula menunjukkan impak kepada rakyat.

“Setiap detik berlalu, semakin ramai lagi bakal terjebak dengan perangkap dadah melalui amalan menghisap vape yang semakin membudaya," jelasnya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 2 people and text
ArticlePublished 17 Aug 2024 2.33 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM