Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Revolusi Dadah Pantas

Published: 05 Jun 2022 2.09 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 5 Jun 2022 - Sebanyak 900 jenis dadah yang mengandungi bahan psikoaktif baharu (NPS) dikesan berada dalam pasaran tempatan dan global ketika ini sekali gus menjadi isyarat bahawa bahan khayal itu berevolusi secara drastik.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-revolusi-dadah-pantas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:58 MYT
Petaling Jaya, 5 Jun 2022 - Sebanyak 900 jenis dadah yang mengandungi bahan psikoaktif baharu (NPS) dikesan berada dalam pasaran tempatan dan global ketika ini sekali gus menjadi isyarat bahawa bahan khayal itu berevolusi secara drastik.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lebih membimbangkan apabila revolusi dadah itu terlalu cepat sehingga tidak selari dengan undang-undang atau akta dadah sedia ada di semua negara termasuk Malaysia.

"Contoh di Malaysia di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 setakat ini hanya membabitkan 66 jenis dadah NPS yang diwartakan dalam senarai dadah berjadual sekali gus boleh diambil tindakan sekiranya terdapat penyalahgunaan.
"Namun mengikut perkembangan terbaharu di bawah Pejabat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Mengenai Jenayah dan Dadah (UNODC), dadah sintetik terkini mempunyai lebih 900 jenis.

"Daripada jumlah tersebut yang kita warta cuma 66 jenis dan itu sahaja boleh diambil tindakan," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia dan wawancara eksklusif bersama Dato' Ayob mengenai desakan segelintir pihak yang mahu ketum serta ganja dibenarkan bagi tujuan perubatan.

 
ArticlePublished 05 Jun 2022 2.09 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM