Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Remaja Rm1 89 Juta Ditahan Bersama Syabu Seberat 52 516kg

Published: 20 May 2023 4.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuching, 20 Mei 2023 - Seorang remaja lelaki yang baharu berusia 18 tahun ditahan polis bersama 52.516 kilogram (kg) Syabu dianggarkan bernilai RM1.89 juta dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Batu Kawa di sini, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-remaja-rm1-89-juta-ditahan-bersama-syabu-seberat-52-516kg
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:15 MYT
Kuching, 20 Mei 2023 - Seorang remaja lelaki yang baharu berusia 18 tahun ditahan polis bersama 52.516 kilogram (kg) Syabu dianggarkan bernilai RM1.89 juta dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Batu Kawa di sini, kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, berdasarkan maklumat awal didapati remaja yang ditahan ketika serbuan jam 1.30 pagi itu menjalankan kegiatan mengedar dadah sejak bulan lalu.

Menurutnya, bekalan dadah berkenaan pula dikatakan diperoleh remaja terbabit daripada sindiket dadah di Semenanjung dengan dibawa masuk ke Sarawak dalam bungkusan teh Cina menerusi khidmat kurier bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Katanya, ia adalah rampasan dadah terbesar oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak pada tahun ini.

“Suspek kini direman sehingga 25 Mei ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952." katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 4 people and text that says 'PDR MOHD Azman menunjukkan svabu yang dirampas Sarawak. semalam. Oleh Roji Kawi Kuching eorang remaja lelak
 
 
ArticlePublished 20 May 2023 4.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM