Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Rampasan Dadah Bernilai Rm1 64 Juta Pasangan Suami Isteri Antara 17 Suspek Kena Tangkap

Published: 26 Sep 2023 2.56 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Johor Bahru, 26 September 2023 - Pasangan suami isteri antara 17 individu ditahan kerana dipercayai terbabit sindiket pengedaran dadah dalam lima serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini pada Jumaat dan Sabtu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-rampasan-dadah-bernilai-rm1-64-juta-pasangan-suami-isteri-antara-17-suspek-kena-tangkap
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:09 MYT
Johor Bahru, 26 September 2023 - Pasangan suami isteri antara 17 individu ditahan kerana dipercayai terbabit sindiket pengedaran dadah dalam lima serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini pada Jumaat dan Sabtu.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, semua 12 lelaki dan tiga wanita tempatan serta dua wanita asing, berusia 17 hingga 55 tahun itu, ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor antara jam 3 petang, Jumaat lalu hingga 9 pagi Sabtu.

Katanya, sindiket yang dipercayai aktif sejak Julai lalu menggunakan rumah sewa sebagai stor, sekali gus membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM1.64 juta.

“Sindiket menggunakan beberapa rumah disewa di kawasan berpagar dan berpengawal sebagai stor dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, kelmarin.

Katanya, 21.66 kilogram serbuk Ekstasi, 377 pil Eramin 5, 45 botol cecair Ekstasi, 24 peket Ketamin dan 10 pil Ekstasi dirampas.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 26 Sep 2023 2.56 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM