Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Jsjk Perlu Kuasai Penggunaan Teknologi Ai

Diterbitkan: 26 Sep 2023 1.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 26 September 2023 - Sepanjang Januari hingga Ogos lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) membekukan serta menyita masing-masing aset dan harta berjumlah RM106,048,673.73 serta RM249,336,174.31 membabitkan kes pengubahan wang haram.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jsjk-perlu-kuasai-penggunaan-teknologi-ai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:59 MYT
Kuala Lumpur, 26 September 2023 - Sepanjang Januari hingga Ogos lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) membekukan serta menyita masing-masing aset dan harta berjumlah RM106,048,673.73 serta RM249,336,174.31 membabitkan kes pengubahan wang haram.

Pada masa sama, sepanjang tempoh itu juga, hasil 14,046 operasi serta serbuan, 15,786 individu ditahan kerana terbabit dengan pelbagai kesalahan jenayah komersil.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, daripada aspek siasatan, bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini, JSJK turut memperoleh 9,898 pertuduhan.

“Saya dimaklumkan, JSJK sudah melaksanakan 8,863 program pencegahan jenayah di seluruh negara sepanjang Januari hingga Ogos lalu. Apa yang jelas, pembabitan langsung masyarakat adalah dituntut, supaya mereka lebih peka dan memahami tentang perlakuan jenayah yang berlaku di sekeliling mereka,” katanya.

Beliau berkata, teknologi digital merevolusi dunia dan mengubah landskap kehidupan seharian.

“Malah, kemajuan teknologi juga menyumbang kepada kepelbagaian trend jenayah siber masa kini. Oleh itu, polis, khususnya JSJK, perlu satu langkah ke depan supaya berupaya mendepani cabaran dunia baharu ini, termasuk penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI),” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 26 Sep 2023 1.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM