Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Rampasan Dadah Bernilai Rm1 64 Juta Pasangan Suami Isteri Antara 17 Suspek Kena Tangkap

Diterbitkan: 26 Sep 2023 2.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Johor Bahru, 26 September 2023 - Pasangan suami isteri antara 17 individu ditahan kerana dipercayai terbabit sindiket pengedaran dadah dalam lima serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini pada Jumaat dan Sabtu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-rampasan-dadah-bernilai-rm1-64-juta-pasangan-suami-isteri-antara-17-suspek-kena-tangkap
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:27 MYT
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Rampasan Dadah Bernilai Rm1 64 Juta Pasangan Suami Isteri Antara 17 Suspek Kena Tangkap
Laman Utama / Artikel / Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Rampasan Dadah Bernilai Rm1 64 Juta Pasangan Suami Isteri Antara 17 Suspek Kena Tangkap
Kembali ke Pustaka
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Rampasan Dadah Bernilai Rm1 64 Juta Pasangan Suami Isteri Antara 17 Suspek Kena Tangkap

Johor Bahru, 26 September 2023 - Pasangan suami isteri antara 17 individu ditahan kerana dipercayai terbabit sindiket pengedaran dadah dalam lima serbuan beras...
Johor Bahru, 26 September 2023 - Pasangan suami isteri antara 17 individu ditahan kerana dipercayai terbabit sindiket pengedaran dadah dalam lima serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini pada Jumaat dan Sabtu.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, semua 12 lelaki dan tiga wanita tempatan serta dua wanita asing, berusia 17 hingga 55 tahun itu, ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor antara jam 3 petang, Jumaat lalu hingga 9 pagi Sabtu.

Katanya, sindiket yang dipercayai aktif sejak Julai lalu menggunakan rumah sewa sebagai stor, sekali gus membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM1.64 juta.

“Sindiket menggunakan beberapa rumah disewa di kawasan berpagar dan berpengawal sebagai stor dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, kelmarin.

Katanya, 21.66 kilogram serbuk Ekstasi, 377 pil Eramin 5, 45 botol cecair Ekstasi, 24 peket Ketamin dan 10 pil Ekstasi dirampas.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 26 Sep 2023 2.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM