
Article
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Tumpas Sindiket Edar Dadah Di Manjung
Manjung, 28 Mei 2023 - Polis menumpaskan sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah yang aktif di daerah Manjung sejak awal tahun ini, selepas menahan lima lela...
Manjung, 28 Mei 2023 - Polis menumpaskan sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah yang aktif di daerah Manjung sejak awal tahun ini, selepas menahan lima lelaki dan menyerbu premis terbabit di Kampung Bharu di sini.
Ketua Polis Perak, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, susulan tangkapan itu, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 25 tahun disyaki anggota sindiket itu di Pokok Assam, Taiping.
“Serbuan dilakukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Bukit Aman turut merampas dadah dipercayai Heroin seberat 14.9 kilogram bernilai RM199.727 di rumah itu.
"Polis juga merampas peralatan dan bahan kimla yang digunakan untuk memproses dan membungkus dadah," katanya dalam kenyataan semalam.