
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Tahan Lelaki Thailand Rampas Pil Yaba Rm1 76 Juta
Kota Bharu, 21 Ogos 2023 - Polis Kelantan merampas 160,000 biji pil Yaba bernilai RM1.76 juta yang diletakkan di dalam satu guni dan dua besen di Kampung Kuban...
Kota Bharu, 21 Ogos 2023 - Polis Kelantan merampas 160,000 biji pil Yaba bernilai RM1.76 juta yang diletakkan di dalam satu guni dan dua besen di Kampung Kubang Kacang di sini pada Jumaat.
Ketua Polis negeri, CP Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit merupakan bekas banduan yang baharu keluar dari penjara di negara jiran.
“Hasil pemeriksaan ke atas guni yang dipegang suspek telah menjumpai 17 bungkusan kekuningan setiap satu bertulis Y1 yang dipercayai mengandungi pil Yaba sebanyak 100,000 biji.
“Pemeriksaan selanjutnya di sebuah stor di belakang rumah menemui dua besen plastik berwarna biru di dalamnya mengandungi 60,000 biji pil Yaba,” katanya semasa sidang akhbar di sini pada Ahad.
Bacaan lanjut dalam akhbar terbitan Sinar Harian.