Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Tahan Lelaki Thailand Rampas Pil Yaba Rm1 76 Juta

Published: 21 Aug 2023 4.04 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Bharu, 21 Ogos 2023 - Polis Kelantan merampas 160,000 biji pil Yaba bernilai RM1.76 juta yang diletakkan di dalam satu guni dan dua besen di Kampung Kubang Kacang di sini pada Jumaat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-tahan-lelaki-thailand-rampas-pil-yaba-rm1-76-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:31 MYT
Kota Bharu, 21 Ogos 2023 - Polis Kelantan merampas 160,000 biji pil Yaba bernilai RM1.76 juta yang diletakkan di dalam satu guni dan dua besen di Kampung Kubang Kacang di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu, bertmdak atas maklumat sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan telah menahan seorang lelaki warga Thailand berusia 41 tahun yang sedang berdiri memegang satu guni berwarna putih di tangan kanannya.

Ketua Polis negeri, CP Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit merupakan bekas banduan yang baharu keluar dari penjara di negara jiran.
“Hasil pemeriksaan ke atas guni yang dipegang suspek telah menjumpai 17 bungkusan kekuningan setiap satu bertulis Y1 yang dipercayai mengandungi pil Yaba sebanyak 100,000 biji.

“Pemeriksaan selanjutnya di sebuah stor di belakang rumah menemui dua besen plastik berwarna biru di dalamnya mengandungi 60,000 biji pil Yaba,” katanya semasa sidang akhbar di sini pada Ahad.

Bacaan lanjut dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 3 people and text
ArticlePublished 21 Aug 2023 4.04 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM