Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Siasat Anggota Disyaki Tali Barut Sindiket Dadah

Diterbitkan: 18 Aug 2022 8.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 18 Ogos 2022 - Polis masih menjalankan siasatan susulan operasi pemutihan besar- babitkan penahanan sejumlah anggota dan pegawai kanan polis yang disyaki menjadi tali barut sindiket dadah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-siasat-anggota-disyaki-tali-barut-sindiket-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:20 MYT
Kuala Lumpur, 18 Ogos 2022 - Polis masih menjalankan siasatan susulan operasi pemutihan besar-  babitkan penahanan sejumlah anggota dan pegawai kanan polis yang disyaki menjadi tali barut sindiket dadah.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, siasatan masih dijalankan selepas penahanan pegawai dan anggota polis terbabit.
"Siasatan masih dijalankan dan kita tunggulah nanti. Tiba masanya saya akan beri kenyataan," katanya.
Terdahulu, Harian Metro mendedahkan operasi pemutihan besar-besaran dilakukan membabitkan penahanan sejumlah anggota dan pegawai kanan polis yang disyaki menjadi tali barut sindiket dadah.
Tindakan dilakukan pasukan tindakan khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, selain Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, bertujuan menjaga integriti serta membersihkan nama Polis Diraja Malaysia daripada anasir tidak sihat.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan Berita Harian Online

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 18 Aug 2022 8.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM