
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Siasat Anggota Disyaki Tali Barut Sindiket Dadah
Kuala Lumpur, 18 Ogos 2022 - Polis masih menjalankan siasatan susulan operasi pemutihan besar- babitkan penahanan sejumlah anggota dan pegawai kanan polis yang...
Kuala Lumpur, 18 Ogos 2022 - Polis masih menjalankan siasatan susulan operasi pemutihan besar- babitkan penahanan sejumlah anggota dan pegawai kanan polis yang disyaki menjadi tali barut sindiket dadah.
"Siasatan masih dijalankan dan kita tunggulah nanti. Tiba masanya saya akan beri kenyataan," katanya.
Terdahulu, Harian Metro mendedahkan operasi pemutihan besar-besaran dilakukan membabitkan penahanan sejumlah anggota dan pegawai kanan polis yang disyaki menjadi tali barut sindiket dadah.
Tindakan dilakukan pasukan tindakan khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, selain Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, bertujuan menjaga integriti serta membersihkan nama Polis Diraja Malaysia daripada anasir tidak sihat.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.