Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Serbu Makmal Dadah Dua Beradik Antara Enam Ditahan

Diterbitkan: 08 Jul 2023 2.03 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.21 PM
Ipoh, 8 Julai 2023 - Dua beradik antara enam lelaki ditahan polis di sebuah gudang yang dijadikan makmal memproses dadah di kawasan Jelapang, di sini, Rabu lalu. Serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada jam 3 pagi itu turut merampas dadah dianggarkan bernilai RM672,000.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-serbu-makmal-dadah-dua-beradik-antara-enam-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:27 MYT
Ipoh, 8 Julai 2023 - Dua beradik antara enam lelaki ditahan polis di sebuah gudang yang dijadikan makmal memproses dadah di kawasan Jelapang, di sini, Rabu lalu.
Serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada jam 3 pagi itu turut merampas dadah dianggarkan bernilai RM672,000.
Ketua Polis Perak, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, berkata enam suspek berusia antara 32 hingga 57 itu direman tujuh hari hingga 11 Julai ini bagi disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Katanya, dua beradik ditahan berusia 53 dan 57 tahun yang masing-masing bekerja sebagai pemotong rumput dan pengawai keselamatan.

Sementara, dua suspek bekerja sebagai penjaga kolam ikan dan reban ayam, manakala dua lagi penganggur.
Dato' Sri Mohd Yusri berkata, pemeriksaan melalui operasi serbuan makmal itu menjumpai cecair disyaki dadah jenis Methamphetmine dianggarkan seberat 47.58 liter, selain dadah jenis sama (155 gram) dan Heroin (52.3g).

“Turut dirampas adalah bahan kimia dan peralatan yang dipercayai digunakan bagi memproses dadah,” katanya pada sidang media di IPK Perak, di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian Online seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 08 Jul 2023 2.03 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.21 PM