Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Sarawak Rampas Dadah Bernilai Rm11 9 Juta

Published: 13 Dec 2022 1.43 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuching, 13 Disember 2022 - Polis Sarawak merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM11.9 juta dalam tempoh 1 Januari hingga 8 Disember tahun ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-sarawak-rampas-dadah-bernilai-rm11-9-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:29 MYT
Kuching, 13 Disember 2022 - Polis Sarawak merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM11.9 juta dalam tempoh 1 Januari hingga 8 Disember tahun ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, ia adalah hasil tangkapan terhadap seramai 8,717 individu yang terbabit dalam pelbagai kesalahan dadah.

Beliau berkata, hasil tangkapan itu dalam tempoh Januari hingga 8 Disember itu juga, pihaknya menyita harta bernilai RM3.4 juta.

"Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Sarawak terus komited membanteras habis-habisan kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah bagi memastikan masyarakat negeri ini kekal selamat, aman dan sejahtera," katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Ops Tapis Khas SeMalaysia Siri7/2022 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

 
ArticlePublished 13 Dec 2022 1.43 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM