
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Rampas Syabu Rm17 9 Juta Di Bawah Baju Terpakai
Timbalan Ketua Polis Kelantan, DCP Dato' Azman Ayob, berkata dalam kejadian pada 9.30 malam itu, seorang suspek melarikan diri ke arah semak samun berhampiran...
Tanah Merah, 23 Mac 2023 - Polis merampas 499 kilogram (kg) dadah jenis Syabu bernilai RM17.9 juta dari sebuah van di tepi jalan Kampung Wan Ahmad, Isnin lalu.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, DCP Dato' Azman Ayob, berkata dalam kejadian pada 9.30 malam itu, seorang suspek melarikan diri ke arah semak samun berhampiran dan meninggalkan van itu ketika serbuan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu.
Katanya, pemeriksaan mendapati 13 guni putih berisi dadah jenis Syabu disorokkan di dalam timbunan pakaian terpakai.
“Bekalan dadah itu dipercayai dibawa masuk melalui pangkalan haram berdekatan sempadan Malaysia-Thailand untuk pasaran ke Lembah Klang,” katanya, di sini semalam.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.