Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Rampas Syabu Bernilai Rm5 Juta

Diterbitkan: 12 Nov 2020 6.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 12 November 2020 – Polis berjaya merampas dadah jenis Syabu seberat kira-kira 120 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM5 juta dalam satu serbuan di tempat letak kenderaan di belakang pusat beli-belah South City Plaza, Serdang kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-rampas-syabu-bernilai-rm5-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:18 MYT

Petaling Jaya, 12 November 2020 – Polis berjaya merampas dadah jenis Syabu seberat kira-kira 120 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM5 juta dalam satu serbuan di tempat letak kenderaan di belakang pusat beli-belah South City Plaza, Serdang kelmarin.

Hasil serbuan pukul 5.30 petang itu telah membawa kepada tangkapan lima suspek termasuk dalang sindiket pengedaran dadah iaitu seorang lelaki bergelar Datuk Seri di lokasi tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Razarudin Husain @ Abd Rasid ketika dihubungi mengesahkan serbuan dan tangkapan tersebut.

Rampasan dan tangkapan itu adalah kejayaan terbesar bagi Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Tuan Razali Abu Samah yang baru menyandang jawatan itu pada 28 Oktober lalu.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo berikut.

Sumber: Kosmo

Image may contain: 1 person, text that says ''Datuk Seri' antara lima suspek sindiket pengedaran dadah ditangkap Syabu RM5 juta dirampas Oleh MAL
ArtikelDiterbitkan 12 Nov 2020 6.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM