
Article
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Rampas Dadah Rm20 61 Juta
Kuala Lumpur, 9 Mei 2025 - Tiga sindiket pengedaran dadah tumpas dalam tiga serbuan berasingan di Lembah Klang, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan m...
Kuala Lumpur, 9 Mei 2025 - Tiga sindiket pengedaran dadah tumpas dalam tiga serbuan berasingan di Lembah Klang, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM16.01 juta.
Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Rusdi Mohd Isa, berkata serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Kuala Lumpur hasil risikan serta maklumat awam.
“Sindiket pertama dikesan beroperasi di sekitar Ampang, dengan dua lelaki termasuk seorang warga Filipina diberkas dalam serbuan pada 29 April lalu.
“Pemeriksaan terhadap kereta dinaiki suspek menemukan 56 bungkusan Syabu seberat 58.42 kilogram (kg). Siasatan lanjut membawa kepada satu lagi kereta yang menyimpan 146.76kg Syabu, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan 205kg bernilai RM6.56 juta,” katanya.
Dato' Rusdi berkata, dalam serbuan kedua pada 5 Mei lalu, seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan bersama 1.86 gram Syabu, sebelum membawa polis ke sebuah lot kedai di pusat beli-belah Jalan Imbi yang dijadikan stor dadah.
“Pemeriksaan lanjut menemukan 221kg Syabu dianggarkan bernilai RM7.07 juta. Sindiket ini dipercayai aktif sejak Februari dan menyimpan dadah di lokasi tumpuan awam bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya.
Sementara itu di Ipoh, Ketua Polis Perak, CP Dato' Noor Hisam Nordin, berkata penahanan wanita Vietnam berusia 24 tahun bersama kekasihnya warga tempatan berusia 28 tahun di Manjung, Isnin lalu, membawa kepada penemuan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM4.6 juta.
Beliau berkata, dalam serbuan kediaman itu, polis menemui dadah dalam bentuk serbuk jenis MDMA seberat 15.3kg, manakala 0.23kg lagi ditemukan di motosikal depan rumah berkenaan.
Beliau berkata, susulan itu, serbuan kedua dijalankan JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak ke pangsapuri di Taman Sejati, Sitiawan.