Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Mangsa Buruh Paksa Diselamatkan

Diterbitkan: 09 May 2025 3.32 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.02 PM
Batu Gajah, 9 Mei 2025 - Tidak menerima gaji sehingga lima bulan, antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing sebelum mereka diselamatkan dalam Operasi Pintas Mega Pemerdagangan Orang di sebuah kilang di Kawasan 1 Perindustrian Pengkalan 2, Pusing, dekat sini pada Khamis.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-mangsa-buruh-paksa-diselamatkan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:43 MYT
Batu Gajah, 9 Mei 2025 - Tidak menerima gaji sehingga lima bulan, antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing sebelum mereka diselamatkan dalam Operasi Pintas Mega Pemerdagangan Orang di sebuah kilang di Kawasan 1 Perindustrian Pengkalan 2, Pusing, dekat sini pada Khamis.

Operasi yang melibatkan 96 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja Perak serta Jabatan Alam Sekitar Perak turut menyelamatkan enam pekerja tempatan termasuk tiga wanita.

Kesemua pekerja terdiri daripada warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar, bukan sahaja menjadi mangsa buruh paksa tetapi terdedah kepada risiko penyakit akibat bekerja dan tinggal dalam persekitaran kilang penuh habuk.

Ketua Polis Perak, CP Dato' Noor Hisham Nordin berkata, operasi bermula pada jam 11 pagi itu berjaya menyelamatkan mangsa berusia antara 19 hingga 45 tahun yang dipaksa bekerja di kilang perabot tersebut.

“Operasi ini adalah hasil risikan dan maklumat orang awam berikutan pekerja terbabit dipaksa bekerja tanpa menerima gaji atau cuti selama beberapa bulan.

“Akibatnya mereka terpaksa berhutang di kedai runcit berhampiran untuk mendapatkan makanan dan barangan keperluan lain, selain tidak disediakan tempat tinggal yang kondusit,” katanya kepada pemberita.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text
ArtikelDiterbitkan 09 May 2025 3.32 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.02 PM