Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Rampas Dadah Rm 9 3 Juta

Diterbitkan: 12 Jun 2021 3.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 12 Jun 2021 - Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM9.3 juta selepas menahan tiga individu termasuk suami isteri dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-rampas-dadah-rm-9-3-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:40 MYT
Kuala Lumpur, 12 Jun 2021 - Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM9.3 juta selepas menahan tiga individu termasuk suami isteri dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Azmi Abu Kassim berkata, dalam serbuan bermula jam 2.15 petang pada Sabtu lalu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Kuala Lumpur berjaya memberkas kesemua suspek berusia 21 dan 31 tahun di sebuah rumah di Cheras.

Menurutnya, soal siasat kemudian membawa serbuan pada hari sama dan keesokan harinya ke atas tiga lagi kediaman termasuk sebuah apartmen di sekitar Cheras, Kuala Lumpur dan Kajang, Selangor.

"Polis merampas dadah jenis Heroin Base seberat kira-kira 98 kilogram (kg), Heroin (2kg), Ketamin (9.8kg) dan 59,000 pil Erimin 5 (16kg) bernilai RM9.3 juta.

"Selain itu, tiga kenderaan jenis Toyota Vellfire, dua kereta jenis Honda City dan Proton Iswara dengan nilai keseluruhan RM512,900, selain wang tunai berjumlah RM400 turut disita untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39(😎 Akta Dadah Berbahaya I952.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2021 3.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM