Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Lelaki Pukul Isteri Hamil Sehingga Koma Sudah Ditahan Polis

Diterbitkan: 12 Jun 2021 5.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 12 Jun 2021 - Lelaki memukul isterinya yang hamil sehingga koma pada 4 Mei lalu sudah ditahan polis, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-lelaki-pukul-isteri-hamil-sehingga-koma-sudah-ditahan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:30 MYT
Kuala Lumpur, 12 Jun 2021 - Lelaki memukul isterinya yang hamil sehingga koma pada 4 Mei lalu sudah ditahan polis, semalam.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, DCP Dato' Dev Kumar M.M Sree berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, jam 11 pagi di Taman Bukit Angsana, di sini.

"Suspek yang ditahan kemudian diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi, semalam.

Mangsa yang hamil empat minggu itu parah pada kepala sehingga sebahagian tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../lelaki-pukul-isteri-hamil...

Sumber: Harian Metro

Lelaki pukul isteri hamil sehingga koma sudah ditahan | Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2021 5.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM