Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Rampas Dadah Mdma Bernilai Rm6 3 Juta

Published: 22 May 2025 4.09 AM Updated: 15 Aug 2026 8.01 PM
Bukit Mertajam, 22 Mei 2025 - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang menyasarkan pusat hiburan di sekitar Pulau Pinang menerusi beberapa serbuan yang dilakukan di George Town, pada Selasa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-rampas-dadah-mdma-bernilai-rm6-3-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:26 MYT

Bukit Mertajam, 22 Mei 2025 - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang menyasarkan pusat hiburan di sekitar Pulau Pinang menerusi beberapa serbuan yang dilakukan di George Town, pada Selasa.

Dalam serbuan itu, polis merampas serbuk dadah jenis Methylenedioxy-Methamphetamine (MDMA) seberat 37 kilogram dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM6.3 juta.
Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datuk Hamzah Hj. Ahmad berkata, lima individu berusia antara 33 hingga 41 tahun ditahan dalam serbuan terbabit.

“Tangkapan ke atas suspek membawa kepada penemuan sebuah kereta yang diletakkan di kawasan parkir awam dan digunakan sebagai lokasi penyimpanan dadah.

“Sebanyak 700 bungkusan berisi serbuk dadah MDMA berjaya dirampas, dipercayai telah sedia untuk diedarkan ke pusat-pusat hiburan," katanya pada sidang akhbar, di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada Rabu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 5 people and text

ArticlePublished 22 May 2025 4.09 AMUpdated 15 Aug 2026 8.01 PM