Artikel
Video Pilihan Lima 25 Kpn Sambut Keberangkatan Tiba Yang Di Pertuan Agong Di Lia
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menyambut keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menyambut keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Kompleks Lang Merah, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA), Kedah pada 21 Mei 2025.
Baginda yang berangkat tiba di Pulau Legenda bersempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’25) itu, turut diiringi Tan Sri Razarudin ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri untuk melihat dengan lebih dekat perkembangan dan teknologi semasa bagi keperluan pasukan keselamatan serta pertahanan negara di reruai yang disediakan.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: Koperal Muhammad Izqhar Zainal Ibidin dan Konstabel Muhammad Adzha Ahmad Zulkopli

