Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Pulau Pinang Rampas Dadah Bernilai Rm33 82 Juta Sepanjang Tujuh Bulan Pertama 2025

Diterbitkan: 05 Aug 2025 3.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kepala Batas, 5 Ogos 2025 - Polis Pulau Pinang merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM33.82 juta dalam beberapa siri serbuan yang diadakan di seluruh negeri sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-pulau-pinang-rampas-dadah-bernilai-rm33-82-juta-sepanjang-tujuh-bulan-pertama-2025
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 01:10 MYT
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Pulau Pinang Rampas Dadah Bernilai Rm33 82 Juta Sepanjang Tujuh Bulan Pertama 2025
Laman Utama / Artikel / Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Pulau Pinang Rampas Dadah Bernilai Rm33 82 Juta Sepanjang Tujuh Bulan Pertama 2025
Kembali ke Pustaka
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Pulau Pinang Rampas Dadah Bernilai Rm33 82 Juta Sepanjang Tujuh Bulan Pertama 2025

Kepala Batas, 5 Ogos 2025 - Polis Pulau Pinang merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM33.82 juta dalam beberapa siri serbuan yang diadakan di seluruh negeri...
Kepala Batas, 5 Ogos 2025 - Polis Pulau Pinang merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM33.82 juta dalam beberapa siri serbuan yang diadakan di seluruh negeri sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.

Pemangku Ketua Polis negeri, DCP Dato’ Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, dalam tempoh sama, seramai 14,146 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah.
“Daripada 14,146 individu yang ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, sebanyak 4,498 kes membabitkan pengedaran dan pemilikan dadah dengan 4,170 kes atau 92.71 peratus sudah dituduh di mahkamah.

“Selain itu, 7,938 siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama, manakala 251 individu didakwa mengikut Seksyen 39C(1) antara Januari dan Julai tahun ini,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 8 people and text
ArtikelDiterbitkan 05 Aug 2025 3.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM