
Article
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Pulau Pinang Rampas Dadah Bernilai Rm33 82 Juta Sepanjang Tujuh Bulan Pertama 2025
Kepala Batas, 5 Ogos 2025 - Polis Pulau Pinang merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM33.82 juta dalam beberapa siri serbuan yang diadakan di seluruh negeri...
Kepala Batas, 5 Ogos 2025 - Polis Pulau Pinang merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM33.82 juta dalam beberapa siri serbuan yang diadakan di seluruh negeri sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.
“Daripada 14,146 individu yang ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, sebanyak 4,498 kes membabitkan pengedaran dan pemilikan dadah dengan 4,170 kes atau 92.71 peratus sudah dituduh di mahkamah.
“Selain itu, 7,938 siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama, manakala 251 individu didakwa mengikut Seksyen 39C(1) antara Januari dan Julai tahun ini,” katanya.