Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Pahang Lupus Dadah Rm563 Ribu

Published: 21 Oct 2021 1.32 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf berkata, antara dadah yang dilupuskan adalah Heroin, Syabu, Ganja, Ekstasi, air ketum, daun ketum dan ubat batuk.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-pahang-lupus-dadah-rm563-ribu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:23 MYT
Kuantan, 21 Oktober 2021 - Polis Pahang melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM563,000 yang dirampas dalam serbuan bagi tempoh 2008 hingga tahun ini.

Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf berkata, antara dadah yang dilupuskan adalah Heroin, Syabu, Ganja, Ekstasi, air ketum, daun ketum dan ubat batuk.

Katanya, semua bahan larangan itu diperoleh menerusi serbuan pihaknya di 11 daerah.

"Pelupusan ini dijadual akan dilaksanakan oleh kontraktor bertauliah di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan, hari ini.

"Dadah ini dapat dilupuskan selepas memperoleh perintah mahkamah berikutan prosiding pendakwaan selesai dan tempoh rayuan bagi hukuman yang dikenakan kepada pesalah kes terbabit tamat," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelupusan Barang Kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Siri 1/2021 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini, semalam.

Bagi menangani jenayah dadah, Dato’ Ramli berharap kerjasama semua pihak dalam membantu pihak berkuasa mengekang penyalahgunaan barang larangan itu dan sama-sama menggembleng tenaga menjadikan negara bebas dadah.

Sumber: Harian Metro

May be an image of text
ArticlePublished 21 Oct 2021 1.32 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM