
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Malaysia Korea Selatan Rampas Dadah Rm20 Juta
Seoul, 3 April 2021 - Pihak pendakwa raya Korea Selatan berjaya menumpaskan kartel dadah antarabangsa dan menjejaki kemudahan pembuatan dadah dengan kerjasama...
Seoul, 3 April 2021 - Pihak pendakwa raya Korea Selatan berjaya menumpaskan kartel dadah antarabangsa dan menjejaki kemudahan pembuatan dadah dengan kerjasama polis Malaysia, lapor agensi berita Yonhap, semalam.
Pejabat Pendakwa Tertinggi (SPO) berkata, pihaknya dengan kerjasama pejabat kastam, menyita 16.4 kilogram (kg) Methamphetamine yang dihantar ke Korea Selatan dari Malaysia pada Januari hingga Mac.
Seorang daripada anggota kartel dadah itu didapati cuba menyeludup hampir 16 kg Methamphetamine yang dirampas oleh pejabat pendakwa Incheon dan Cheongju, Januari tahun lalu.
Hasil risikan, polis Malaysia menahan 13 anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang berpangkalan di Kuala Lumpur.
Mereka turut merampas dadah terlarang bernilai 5.42 bilion won (RM19.87 juta) merangkumi 64 kg Ketamin dan 12.2 kg Methamphetamine serta peralatan memproses dadah.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
Sumber: