Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Lupus Dadah Rm15 Juta

Diterbitkan: 11 Aug 2020 1.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seberang Perai, 11 Ogos 2020 - Polis Pulau Pinang melupuskan sebanyak 472.75 kilogram pelbagai jenis dadah bernilai RM15 juta yang dirampas di negeri ini sejak 2008 hingga 2018.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-lupus-dadah-rm15-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 14:44 MYT

Seberang Perai, 11 Ogos 2020 - Polis Pulau Pinang melupuskan sebanyak 472.75 kilogram pelbagai jenis dadah bernilai RM15 juta yang dirampas di negeri ini sejak 2008 hingga 2018.

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato’ Sahabudin Abd. Manan berkata, rampasan itu adalah hasil serbuan ke atas makmal memproses dadah dan daripada tangkapan 23 individu.

“Selain itu, 472.75 kilogram Kafein, 101,819 mililiter cecair bahan kimia, 13,000 kilogram Bentonite dan 153 peralatan yang digunakan untuk membuat dan memproses dadah turut dilupuskan.

“Proses pelupusan dadah akan dilaksanakan oleh Pusat Kualiti Alam,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, di Stor Berpusat Kontinjen, Seberang Perai Utara di sini, semalam.

Sementara itu, beliau berkata polis menumpaskan empat sindiket makmal dadah haram bagi tempoh Januari sehingga Julai lalu.

Katanya, pihaknya turut merampas 460.31 kilogram pelbagai jenis dadah tradisional dan sintetik, 67,190 pil Ektasi, 5,895.6 liter ketum dan kodien, empat batang pokok ganja dan 530.65 kilogram daun ketum bernilai RM7.7 juta.

Sumber: Kosmo

Image may contain: one or more people and people standing, text that says 'Polis lupus dadah RM15 juta SEBERANG PERAI Pinang melupuskan sebanyak 472.75 kil
ArtikelDiterbitkan 11 Aug 2020 1.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM