Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Gempur Belukar Tangga Sarang Penagih Dadah Lepas Gian

Published: 14 Sep 2024 1.41 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, Op Sarang itu dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Selangor bermula 2 hingga 8 September lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-gempur-belukar-tangga-sarang-penagih-dadah-lepas-gian
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:48 MYT
Shah Alam, 14 September 2024 - Kawasan belukar serta rumah kosong di sekitar Kajang dan Klang, Selangor yang menjadi sarang pengedar serta penagih dadah digempur polis, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, Op Sarang itu dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Selangor bermula 2 hingga 8 September lalu.

Menurut beliau, operasi ini berjaya menangkap seramai 21 lelaki melibatkan 16 penduduk tempatan dan lima warga Bangladesh berusia lingkungan 20 hingga 60an.

“Siasatan mendapati seorang daripada suspek dipercayai berperanan sebagai tokan dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Operasi ini turut bertindak merampas dadah jenis Heroin anggaran berat 53.82 gram, Syabu (10.78 gram), Ganja (2.65 gram) serta lima biji pil Yaba yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM944.85,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 8 people, slow loris and text
ArticlePublished 14 Sep 2024 1.41 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM