Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Penagih Beralih Guna Dadah Sintetik Ancaman Di Pantai Timur Paling Serius

Published: 24 Jun 2026 6.06 AM Updated: 21 Sep 2026 3.13 AM
Kuala Lumpur, 24 Jun 2026 - Dadah sintetik kini menjadi ancaman utama penyalahgunaan dadah di negara ini apabila merangkumi kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan kes penagihan, dengan negeri-negeri Pantai Timur dikenal pasti sebagai kawasan paling serius terjejas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-penagih-beralih-guna-dadah-sintetik-ancaman-di-pantai-timur-paling-serius
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:40 MYT
Kuala Lumpur, 24 Jun 2026 - Dadah sintetik kini menjadi ancaman utama penyalahgunaan dadah di negara ini apabila merangkumi kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan kes penagihan, dengan negeri-negeri Pantai Timur dikenal pasti sebagai kawasan paling serius terjejas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebanyak 145,526 kes melibatkan dadah jenis Amphetamine-Type Stimulants (ATS) direkodkan pada 2023, meningkat kepada 192,857 kes pada 2024 sebelum mencatat 141,817 kes pada 2025.

"Dadah sintetik yang paling banyak disalah guna di negara kita sehingga merangkumi kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan kes penyalahgunaan dadah adalah dadah jenis ATS.

"Bila kumpulkan data, kemudian kita lakukan pemetaan, didapati keadaan paling serius adalah di negeri-negeri Pantai Timur sangat serius.

"Maknanya, di jalur Pantai Timur, penggunaan Ganja, Heroin, Ketum dan Morfin tidak lagi menjadi pilihan utama. Sebaliknya, mereka mencari ATS, Syabu dan Methamphetamine," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan KOSMO seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 24 Jun 2026 6.06 AMUpdated 21 Sep 2026 3.13 AM