Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Tunggu Maklumat Australia Kesan Dalang

Published: 19 Oct 2021 3.51 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 19 Oktober 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan dalang penyeludupan 450 kilogram Heroin menggunakan sebuah kontena dari Malaysia ke Australia yang berjaya dikesan pihak berkuasa negara itu, 29 September lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-pdrm-tunggu-maklumat-australia-kesan-dalang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:37 MYT
Kuala Lumpur, 19 Oktober 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan dalang penyeludupan 450 kilogram Heroin menggunakan sebuah kontena dari Malaysia ke Australia yang berjaya dikesan pihak berkuasa negara itu, 29 September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Razarudin Husain, berkata PDRM sedang menunggu maklumat lanjut daripada pihak berkuasa Australia berkaitan kes itu dan percaya ia didalangi sindiket tertentu di negara ini.

"Maklumat berkenaan penting dalam usaha kita mengesan dalang serta punca dadah itu diperolehi, sama ada dihasilkan di negara ini atau dibawa masuk dari negara jiran sebelum diseludup ke Australia.

"Buat masa ini, kita hanya boleh mendedahkan bahawa warga Malaysia yang ditahan itu berusia 38 tahun dan rekod menunjukkan yang dia masuk ke Australia pada Januari tahun lalu," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

ArticlePublished 19 Oct 2021 3.51 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM