Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Sita Pelbagai Jenis Dadah Rm13 2 Juta

Published: 11 Jul 2026 1.22 AM Updated: 15 Aug 2026 7.51 PM
Kuala Lumpur, 11 Julai 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyita dadah lebih 90 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM13.2 juta dalam lima serbuan di Lembah Klang dan Kuantan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-pdrm-sita-pelbagai-jenis-dadah-rm13-2-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:50 MYT

Kuala Lumpur, 11 Julai 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyita dadah lebih 90 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM13.2 juta dalam lima serbuan di Lembah Klang dan Kuantan.

Tujuh ahli sindiket membabitkan enam lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing berusia antara 25 hingga 35 tahun juga ditahan dalam operasi pada 3 Julai lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, polis merampas 84.3 kg serbuk Methylenedioxymethamphetamine, 4.4 kg, pil Ekstasi, 2.4 kg dadah Ketamin dan 730 gram pil Eramin 5.

Katanya, sindiket itu membekalkan dadah sintetik ke pusat hiburan sekitar Lembah Klang dan Kuantan.

Beliau berkata, serbuan dijalankan di unit kondominium di Lembah Klang dan Pahang yang dijadikan tempat penyimpanan dan pembungkusan dadah.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text


ArticlePublished 11 Jul 2026 1.22 AMUpdated 15 Aug 2026 7.51 PM