Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Sentiasa Ada Maklumat Isu Sindiket Besar Penyeludupan

Published: 17 Nov 2025 5.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Petaling Jaya, 17 November 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sindiket besar penyeludupan dadah menggunakan kaedah kontena seperti dibangkitkan Perdana Menteri berada dalam perhatian dan tindakan pencegahan serta siasatan sedang dipergiatkan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-pdrm-sentiasa-ada-maklumat-isu-sindiket-besar-penyeludupan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:15 MYT

Petaling Jaya, 17 November 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sindiket besar penyeludupan dadah menggunakan kaedah kontena seperti dibangkitkan Perdana Menteri berada dalam perhatian dan tindakan pencegahan serta siasatan sedang dipergiatkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sudah memiliki maklumat berhubung rangkaian kartel tersebut dan beberapa langkah siasatan serta operasi sedang dijalankan.

“Kaedah membawa dadah melalui kontena bukan perkara baharu, namun masih digunakan pihak sindiket. Justeru, pemantauan dan risikan terus dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dato’ Hussein berkata, JSJN turut bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi tempatan termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan Malaysia dan pihak berkuasa pelabuhan bagi memperkukuh kawalan, selain kerjasama rentas negara bersama agensi penguat kuasa luar.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of text


ArticlePublished 17 Nov 2025 5.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM