Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Buru Rakan Jenayah

Diterbitkan: 16 Sep 2024 7.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 16 September 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memburu rakan jenayah seorang warga Malaysia berusia 26 tahun yang ditahan di Hong Kong, Khamis lalu, berkaitan penemuan dadah jenis Methamphetamine bernilai kira-kira RM116.1 juta, diseludup ke negara terbabit.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-pdrm-buru-rakan-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:38 MYT
Kuala Lumpur, 16 September 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memburu rakan jenayah seorang warga Malaysia berusia 26 tahun yang ditahan di Hong Kong, Khamis lalu, berkaitan penemuan dadah jenis Methamphetamine bernilai kira-kira RM116.1 juta, diseludup ke negara terbabit.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain pada kenyataan semalam, mengesahkan rampasan Methamphetamine serta penahanan suspek oleh polis Hong Kong.
“Suspek adalah lelaki warga Malaysia berusia 26 tahun dan beralamat terakhir di Sungai Besi, di sini.

“Semakan mendapati, suspek memiliki satu rekod lampau berkaitan dadah dan satu rekod memasukkan dadah ke dalam badan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya.

“Saya sudah meminta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik mendapatkan maklumat risikan berkaitan pembabitan rakan jenayah suspek di Malaysia,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 16 Sep 2024 7.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM