
Article
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Buru Rakan Jenayah
Kuala Lumpur, 16 September 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memburu rakan jenayah seorang warga Malaysia berusia 26 tahun yang ditahan di Hong Kong,...
Kuala Lumpur, 16 September 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memburu rakan jenayah seorang warga Malaysia berusia 26 tahun yang ditahan di Hong Kong, Khamis lalu, berkaitan penemuan dadah jenis Methamphetamine bernilai kira-kira RM116.1 juta, diseludup ke negara terbabit.
“Suspek adalah lelaki warga Malaysia berusia 26 tahun dan beralamat terakhir di Sungai Besi, di sini.
“Semakan mendapati, suspek memiliki satu rekod lampau berkaitan dadah dan satu rekod memasukkan dadah ke dalam badan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya.
“Saya sudah meminta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik mendapatkan maklumat risikan berkaitan pembabitan rakan jenayah suspek di Malaysia,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.