Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Magic Mushroom Membimbangkan Mdn

Published: 09 Dec 2024 6.12 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 9 Disember 2024 - Penggunaan dadah sintetik “Magic Mushroom” yang kini menjadi ancaman baharu kepada negara boleh memberi kesan parah termasuk menyebabkan seseorang itu berhalusinasi, seterusnya bertindak di luar kawalan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-magic-mushroom-membimbangkan-mdn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:52 MYT
Putrajaya, 9 Disember 2024 - Penggunaan dadah sintetik “Magic Mushroom” yang kini menjadi ancaman baharu kepada negara boleh memberi kesan parah termasuk menyebabkan seseorang itu berhalusinasi, seterusnya bertindak di luar kawalan.

Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau bimbang dengan situasi tersebut ditambah lagi kebanyakan yang mengambil dadah sintetik “Magic Mushroom” dalam kalangan golongan muda terutama remaja.

“Sekarang timbul ancaman baharu ‘Mushroom’, satu dadah sintetik yang memberi kesan parah kepada otak. la hasilkan keadaan delusi, halusinasi dan itu yang ada kita baca di surat khabar anak bunuh ibu.

“Dia bukan sedar sebab dia ambil dadah ini yang merangsang segmen dalam otak. Itu yang dibentangkan sewaktu kita bermesyuarat oleh agensi kawal selia dan keadaan itu sangat membimbangkan,” katanya semasa temu bual bersama Kosmo! baru-baru ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text
ArticlePublished 09 Dec 2024 6.12 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM