
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Polis Terima 12 139 Laporan Kerosakan Akibat Banjir Kpn
Petaling Jaya, 9 Disember 2024 - Sebanyak 12,139 laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kerosakan harta benda penduduk membabitkan lapan neger...
Petaling Jaya, 9 Disember 2024 - Sebanyak 12,139 laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kerosakan harta benda penduduk membabitkan lapan negeri akibat kejadian banjir sejak 25 November lalu sehingga semalam.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata kepada Utusan Malaysia, seramai 12,204 kekuatan sumber manusia telah digerakkan PDRM ke lapan negeri yang terjejas dalam musim Monsun Timur Laut selain persediaan menghadapi bah gelombang kedua.
Selain itu, beliau berkata, sebanyak 1,376 aset kenderaan meliputi 979 buah aset darat, 389 (air) dan lapan (udara) turut terlibat dalam penugasan di lapan negeri yang terkesan akibat bencana banjir.
“Sebanyak lapan buah aset udara tersebut telah diletakkan dalam keadaan bersiap siaga penuh di bawah arahan terus saya sebagai KPN dengan sebuah daripadanya beroperasi di negeri Kelantan secara tetap sehingga operasi ini berakhir,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.