
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Lima Ditahan Bersama Dadah Kenderaan Mewah Bernilai Lebih Rm800 Ribu
Kota Bharu, 6 Januari 2021 - Kehidupan mewah lima individu termasuk dua wanita lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) hasil penglibatan dalam sindiket penged...
Kota Bharu, 6 Januari 2021 - Kehidupan mewah lima individu termasuk dua wanita lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) hasil penglibatan dalam sindiket pengedaran dadah terbongkar selepas ditahan polis dalam serbuan di tiga buah rumah di Rantau Panjang pada Sabtu dan Ahad lalu.
Dalam serbuan itu, polis merampas sepucuk pistol, pelbagai jenis dadah dan menyita 13 kenderaan yang dianggarkan bernilai lebih RM800,000.
Menurut Ketua Polis Kelantan, DCP Dato' Shafien Mamat, kesemua yang ditahan berusia antara 22 hingga 32 tahun dan telah setahun terlibat dalam sindiket berkenaan.
Tambahnya, berdasarkan siasatan pihak polis, tidak menolak kemungkinan dadah yang dirampas itu diseludup dari negara jiran.
Kelima-lima suspek direman selama tujuh hari bermula Ahad lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.
Sumber: Kosmo