Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Licik Sindiket Jual Dadah Zombie Di Media Sosial

Published: 25 May 2026 6.11 AM Updated: 15 Aug 2026 7.52 PM
Shah Alam, 23 Mei 2026 – Media sosial menjadi medium utama dadah Furanyl Fentanyl atau lebih dikenali sebagai dadah ‘Zombie’ dipromosikan dengan transak
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-licik-sindiket-jual-dadah-zombie-di-media-sosial
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:22 MYT
 
Shah Alam, 23 Mei 2026 – Media sosial menjadi medium utama dadah Furanyl Fentanyl atau lebih dikenali sebagai dadah ‘Zombie’ dipromosikan dengan transaksi terselindung menggunakan akaun palsu, mesej sementara dan kumpulan tertutup.

Taktik itu membolehkan urusan jual beli bergerak pantas sebelum dialihkan ke aplikasi pesanan dan perkhidmatan kurier, sekali gus menyukarkan pihak berkuasa mengesan kegiatan sindiket terbabit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Hussein Omar Khan berkata, selain media sosial, sindiket turut menggunakan platform digital seperti aplikasi e-dompet yang membolehkan pembayaran tanpa tunai, pendaftaran ringkas tanpa pengesahan identiti lengkap serta penggunaan akaun sementara.

Menurutnya, sumber kemasukan dadah berkenaan dipercayai melalui penyeludupan menggunakan laluan laut dengan berselindung di sebalik barangan dagangan lain bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Beliau berkata, sindiket menggunakan kaedah pengedaran dengan mencampurkan dadah jenis Furanyl Fentanyl ke dalam cecair rokok elektronik (vape) pelbagai perisa sebelum dipasarkan kepada pengguna.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Licik! Sindiket jual dadah zombie di media sosial EKSKLUSIF MEDIA sosial kini menjadi medium mendedahkan sindiket Beliau

May be an image of text that says 'Sinas Nasional 2026| SINARHARIAN Promosi dadah 'zombie' guna platform digital Modus operandi berkuasa. EKSKLUS

ArticlePublished 25 May 2026 6.11 AMUpdated 15 Aug 2026 7.52 PM