Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Lelaki Jual 100 Kg Ganja Guna Suv Dicekup Polis

Diterbitkan: 19 Jun 2024 1.36 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.08 PM
Suspek berusia 46 tahun tersebut diberkas pada pukul 1 tengah hari Jumaat lalu bersama ganja bernilai RM309,000 itu ketika hendak menghantar dadah kepada pelanggan di kawasan parkir apartmen tersebut.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-lelaki-jual-100-kg-ganja-guna-suv-dicekup-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 09:41 MYT

George Town, 19 Jun 2024 - Rahsia seorang penganggur yang menjadikan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV sebagai stor untuk menyimpan 100 kilogram (kg) ketulan mampat ganja terbongkar apabila ditahan di sebuah apartment di Gat Lebuh Maccalum di sini.

Suspek berusia 46 tahun tersebut diberkas pada pukul 1 tengah hari Jumaat lalu bersama ganja bernilai RM309,000 itu ketika hendak menghantar dadah kepada pelanggan di kawasan parkir apartmen tersebut.

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datuk Hamzah Ahmad berkata, pembongkaran berlaku selepas polis menahan suspek bersama dua ketulan mampat ganja seberat 2 kg bernilai RM6,000.

Katanya, soal siasat kemudian membawa polis ke sebuah SUV dipercayai miliknya yang terletak kira-kira 500 meter dari lokasi tangkapan.

“Polis kemudian menemui empat kotak plastik di tempat duduk penumpang mengandungi 98 ketulan mampat ganja.

“Soal siasat mendapati suspek aktif mengedar dadah sejak awal bulan ini dan menjadikan SUV tersebut sebagai stor menyimpan ganja. SUV itu tidak bergerak dan diletakkan di parkir apartment," katanya pada sidang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.

May be an image of 2 people and text

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2024 1.36 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.08 PM